Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga didakwa selepas Polis Australia gagalkan cubaan seludup 320kg metamfetamin
  • GLOBAL

Tiga didakwa selepas Polis Australia gagalkan cubaan seludup 320kg metamfetamin

Utusan Sarawak 3 hours ago
RAMPASAN 320kg metamfetamin di Pelabuhan Botany, Sydney, membawa kepada pendakwaan tiga individu. Foto: AFP

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia mendakwa tiga individu termasuk seorang warga United Kingdom (UK), berhubung cubaan menyeludup 320 kilogram (kg) metamfetamin dari Ghana, lapor Xinhua.

Pasukan Sempadan Australia (ABF) hari ini memaklumkan bahawa pihaknya telah memaklumkan Polis Persekutuan Australia (AFP) supaya memulakan siasatan pada April selepas pegawai di Pelabuhan Botany, Sydney mengesan kejanggalan pada dua kontena perkapalan dari Ghana.

Kontena yang diisytiharkan membawa arang itu diimbas menggunakan sinar-X dan pegawai menemui bahan berwarna putih yang didapati positif sebagai metamfetamin.

Sebanyak 320kg metamfetamin dengan anggaran bernilai A$296 juta (AS$207.7 juta) telah dikeluarkan sebelum kontena berkenaan dihantar ke sebuah fasiliti di barat Sydney.

Warga UK itu ditahan selepas didakwa hadir ke fasiliti berkenaan dan menyelia proses memuatkan beg yang sebelum ini mengandungi metamfetamin ke dalam sebuah kenderaan. 

Dia didakwa atas pertuduhan cubaan memiliki dadah terkawal sempadan dalam kuantiti komersial dan berdepan hukuman penjara seumur hidup.

Dua lagi individu, seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang wanita berusia 30 tahun dari Australia Selatan, kemudian ditahan kerana didakwa menggunakan identiti palsu untuk menyewa unit simpanan di Sydney bagi menyimpan dadah itu.

Pemangku Superintendan Detektif AFP Trevor Robinson berkata dalam satu kenyataan bahawa jumlah metamfetamin yang dirampas itu boleh membekalkan 3.2 juta urus niaga dadah di peringkat jalanan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Iran siar draf perjanjian 14 perkara gariskan pelan hala tuju perjanjian dengan AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.