Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Deshon, Sibu
  • KEMALANGAN

Tiga cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Deshon, Sibu

Utusan Sarawak 4 months ago

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang dipercayai patah tangan kanan dalam kemalangan di Jalan Deshon di Sibu.

SIBU: Seorang patah tangan manakala dua lagi cedera ringan selepas sebuah lori jenis Prime Mover dinaiki terbabas ke dalam gaung dalam kemalangan kendiri di Jalan Deshon di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 pagi.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan sebuah lori telah terjunam ke dalam gaung sedalam 6.6 meter.

“Pasukan bomba bertindak menstabilkan seorang mangsa wanita dengan memasang pendakap leher dan pendakap lengan pada tangan kanan mangsa yang dipercayai patah. 

“Mangsa kemudian dibawa naik sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua lagi mangsa, iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki, telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

Continue Reading

Previous: Pelajar dikhuatiri lemas ditarik ombak, tiga rakan selamat ketika mandi di pantai
Next: Empat maut, lima cedera dalam kemalangan tragis di Jalan Stutong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.