Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo Debak
  • KEMALANGAN

Tiga cedera dalam kemalangan dua kenderaan di Lebuh Raya Pan Borneo Debak

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEMALANGAN jalan raya membabitkan dua kenderaan di Pusingan P Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Rumah Panjang Rapong, hari ini. Foto: APM Debak

DEBAK: Tiga individu berdepan detik cemas selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Pusingan P Lebuh Raya Pan Borneo berhampiran Rumah Panjang Rapong, hari ini.

Kejadian yang berlaku sekitar 1.20 petang itu melibatkan sebuah van yang dipandu seorang lelaki warga emas dan sebuah Perodua Bezza yang dinaiki dua wanita dewasa.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Debak, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sebelum anggota penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi bantuan dan menyelamat.

Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan akibat pertembungan kuat.

Anggota penyelamat kemudian menjalankan penilaian awal terhadap semua mangsa selain memastikan kawasan kemalangan berada dalam keadaan selamat bagi mengelakkan risiko kejadian susulan kepada pengguna jalan raya lain.

Kesemua mangsa turut diberikan rawatan kecemasan awal di lokasi kejadian sebelum tindakan lanjut diambil mengikut tahap kecederaan masing-masing.

Dalam pada itu, anggota APM turut membantu mengawal aliran trafik di lebuh raya berkenaan bagi melancarkan operasi menyelamat serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Operasi menyelamat dilaporkan berjalan lancar hasil kerjasama anggota penyelamat dan orang awam yang berada di lokasi kejadian, manakala punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Jet pejuang TUDM mendarat cemas di KKIA selepas alami masalah enjin
Next: Pemandu lori tertimbus lumpur lebih tujuh jam disahkan meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.