Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tiga blok rumah pekerja musnah terbakar di Samalaju
  • KEBAKARAN

Tiga blok rumah pekerja musnah terbakar di Samalaju

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KEBAKARAN memusnahkan tiga blok rumah pekerja di Samalaju, Bintulu, petang tadi.

BINTULU: Tiga blok rumah pekerja tidak kekal membabitkan 10 pintu keseluruhan musnah sepenuhnya dalam kebakaran di kawasan BGC Construction, Samalaju, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.51 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran sedang marak membakar keseluruhan struktur tidak kekal berkeluasan kira-kira 195 x 98 kaki persegi.

“Pihak pemaju terlebih dahulu bertindak membuat ‘firebreak’ menggunakan jengkaut untuk menghalang api daripada merebak ke blok lain,” katanya dalam kenyataan.

Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki, satu cabang pembahagi dan dua nozel air dari pam jentera dengan sumber air terbuka dari kolam berdekatan.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.45 petang sebelum pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan pemadaman menyeluruh bagi memastikan tiada lagi punca nyalaan.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.19 petang dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Oleh Carolyne Utih

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran van sekolah di Jalan Rejang, tiada kecederaan dilaporkan
Next: Sebuah rumah di Kampung Bintawa Ulu musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.