Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tiga beregu campuran lepasi halangan pertama di Terbuka Jepun 2025
  • SUKAN

Tiga beregu campuran lepasi halangan pertama di Terbuka Jepun 2025

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Tiga beregu campuran negara memulakan kempen di Terbuka Jepun 2025 dengan momentum kemenangan apabila melepasi halangan pertama di Gimnasium Metropolitan, Tokyo hari ini.

Gandingan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengambil masa 30 minit untuk mengetepikan lawan mereka dari Thailand Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat 21-15, 21-10.

Pasangan keenam dunia itu akan berdepan Mads Vestergaard-Christine Busch dari Denmark pada pusingan kedua, esok.

Gandingan keempat dunia Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga tidak mempunyai masalah melepasi halangan Kevin Lee-Josephine Wu dari Kanada dengan 21-15, 21-19 untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Turut melangkah ke pusingan kedua ialah pasangan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang terpaksa mengharungi pertarungan sengit sebelum menundukkan wakil Amerika Syarikat Presley Smith-Jennie Gain 21-19, 12-21, 21-16.

Pang Ron-Su Yin berdepan halangan sukar di pusingan kedua apabila dijadual berdepan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Nasib berbeza buat gandingan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien apabila tewas kepada Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara dari JepunĀ 9-21, 8-21. — Bernama

Continue Reading

Previous: Piala AFF B-23: Malaysia tewas 0-2 kepada Filipina pada aksi pembukaan
Next: Sarawak berpotensi jadi kuasa besar sukan tarik tali negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.