Tie Dye serlah kreativiti pelajar Kolej Komuniti

Facebook
WhatsApp
GAMBAR kenangan semua pensyarah dan pelajar bersama pakaian yang dihasilkan melalui teknik Tie Dye.

Program “Learn & Practise: Tie Dye anjuran Unit Fesyen dan Pakaian, Kolej Komuniti Kuching berjaya menyerlahkan bakat dan kreativiti pelajar dalam mempelajari teknik baharu yang boleh diaplikasikan dalam proses mewarna fabrik dan pakaian.

Menurut Pengarah Program, Laila Najwa Yahaya yang juga pensyarah Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP), “program ini membolehkan pelajar mengekspresi bakat dan kreativiti masing-masing dalam penggunaan serta panggabungan warna bagi menghasilkan pakaian yang menarik dan berbeza bagi setiap pelajar”.

Beliau menjelaskan, program tersebut dijalankan bagi mendedahkan pelajar berkaitan asas fabrik dan asas warna selari dengan keperluan sub-topik subjek Ilustrasi Fesyen yang perlu dipelajari oleh semua pelajar SFP, Kolej Komuniti Kuching.

“Dalam program ini, kami memberikan pengetahuan asas berkaitan konsep, prinsip dan teori asas fabrik di samping pelajar melaksanakan tugasan untuk menghasilkan fabrik yang menarik melalui teknik Tie Dye”, ujar beliau.

Beliau turut berharap agar program tersebut dapat membentuk semangat kerja berpasukan serta membentuk jatidiri pelajar yang berdaya saing.

Sementara itu, Pengarah Kolej Komuniti Kuching, Suharyati Sulaiman turut menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran dan teknik yang dipelajari untuk dijadikan pendapatan sampingan serta dijadikan aktiviti bersama ahli keluarga.

Seramai 39 orang pelajar semester 2 dan 3 bersama 8 orang pensyarah SFP terlibat di dalam program yang berlangsung selama dua hari baru-baru ini.

Terlibat sama dalam program tersebut adalah Timbalan Pengarah Akademik, Nurul Dafiqah Kamarulzaman, Ketua Program, Mohamad Shukri Che Ya serta semua pensyarah Unit Fesyen dan Pakaian.

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan