Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tidak benar banjir tercetus sebab pelepasan air dari hidro Bakun – Uggah
  • TEMPATAN

Tidak benar banjir tercetus sebab pelepasan air dari hidro Bakun – Uggah

Utusan Sarawak 2 months ago
LAWATAN TAPAK….Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika melawat tapak pembinaan persimpangan Jakar Lebuh Raya Pan Borneo, di Sarikei hari ini. Gambar kanan adalah foto fail Hidroelektrik Bakun.

SARIKEI: Dakwaan tular di media sosial kononnya paras air meningkat akibat pelepasan air dari Empangan Hidroelektrik Bakun (HEP) oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) adalah tidak benar, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas. 

Timbalan Premier Sarawak berharap orang ramai tidak menyebarkan khabar angin yang tidak berasas seperti itu.

“Tular di media sosial bahawa SEB telah melepaskan air di HEP. 

“SEB telah membuat kenyataan di media sosial bahawa tiada sebarang perkara tersebut berlaku. 

“Jadi, kita berharap, orang ramai jangan menyebarkan khabar-khabar angin yang tidak tentu pasal kerana ia menyusahkan rakyat,” katanya ketika ditemu bual media di tapak pembinaan persimpangan Jakar Lebuh Raya Pan Borneo, hari ini.

Uggah berkata dakwaan tular yang tidak berasas itu juga boleh menyebabkan reputasi SEB terjejas. 

“Saya dimaklumkan bahawa SEB apabila perlu mengeluarkan air, mereka ada prosedur operasi standard (SOP) untuk menentukan ia tidak mengakibatkan masalah kepada masyarakat setempat,” katanya. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: PPP berperanan penting sokong sistem kesihatan kawasan pedalaman
Next: Semarak Syawal 2025 tawar harga lebih berpatutan kepada rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.