Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada waris tuntut jenazah, Hospital Bintulu mohon bantuan orang ramai
  • TEMPATAN

Tiada waris tuntut jenazah, Hospital Bintulu mohon bantuan orang ramai

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BINTULU: Hospital Bintulu memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris atau ahli keluarga kepada mendiang Attong Enggong (No. K/P: 630904-13-XXXX) yang telah meninggal dunia dan dibawa ke hospital berkenaan pada 11 April lalu.

Menurut jurucakap Hospital Bintulu menerusi satu kenyataan, sehingga kini tiada waris tampil bagi urusan pengesahan dan penuntutan jenazah.

“Ahli keluarga atau waris diminta hadir ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Bintulu dengan segera bagi tujuan dokumentasi dan pengurusan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris mendiang boleh menghubungi Hospital Bintulu di talian 086-859000.

Kerjasama semua pihak, kata jurucakap, amat dihargai bagi membantu menyelesaikan perkara ini.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan Sarawak luluskan 46 projek bangunan pentadbiran baharu bernilai RM1.2 bilion
Next: Helmi Othman sokong cadangan pemilik kedai, komuniti perniagaan untuk mengindahkan Jalan Wayang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.