Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Tiada tanda wabak hantavirus di atas MV Hondius meningkat secara ketara – WHO
  • KESIHATAN

Tiada tanda wabak hantavirus di atas MV Hondius meningkat secara ketara – WHO

Utusan Sarawak 1 hour ago
WABAK hantavirus.

OVIEDO: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini memaklumkan bahawa ketika ini tiada petunjuk wabak hantavirus di atas kapal persiaran MV Hondius akan meningkat secara ketara, walaupun jangkitan tambahan dalam kalangan penumpang masih berkemungkinan berlaku, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, sebanyak 11 kes disyaki dikaitkan dengan wabak di atas kapal persiaran berdaftar di Belanda itu, dengan sembilan kes telah disahkan manakala dua lagi berkemungkinan positif.

Tedros berkata dalam sidang media bersama Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez di Madrid bahawa semua kes disyaki dan disahkan telah diasingkan serta dipantau di bawah penyeliaan perubatan.

“Setakat yang kami tahu, penumpang yang telah turun dari kapal berjaya dikesan, termasuk seorang yang berada di lokasi paling terpencil yang berjaya dijejaki United Kingdom menerusi operasi yang amat sukar,” katanya.

Tedros berkata WHO meminta bantuan Sepanyol kerana situasi itu telah “melangkaui” keupayaan tindak balas Cabo Verde, negara terdekat apabila wabak itu dikesan di Lautan Atlantik.

Sanchez menyifatkan operasi pemindahan dan kuarantin antarabangsa itu sebagai ‘satu kejayaan’, dengan menyatakan lebih 120 individu daripada pelbagai negara telah dihantar pulang menerusi 10 penerbangan khas ‘tanpa sebarang insiden’.

Wabak di atas MV Hondius itu telah mengorbankan tiga penumpang sejak akhir April.

Kapal itu tiba di Kepulauan Canary, Sepanyol pada Ahad, apabila penumpang dipindahkan menerusi operasi multinasional yang diselaraskan Sepanyol, WHO dan Kesatuan Eropah.

WHO mengesyorkan tempoh kuarantin yang ketat selama 42 hari bermula 10 Mei hingga 21 Jun untuk semua penumpang dan kontak rapat.

Di Belanda, 12 petugas kesihatan didapati gagal mematuhi protokol ketat ketika merawat seorang pesakit yang pernah berada di atas kapal itu dan kini mereka juga perlu dikuarantin, menurut Pusat Perubatan Universiti Radboud (Radboudumc) Belanda pada Isnin.

Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan Sepanyol hari ini memaklumkan seorang penumpang warga Sepanyol yang dikuarantin di Madrid mengalami demam ringan dan gejala pernafasan selepas didapati positif sementara bagi hantavirus. Pegawai berkata beliau kekal dalam keadaan stabil tanpa tanda kemerosotan klinikal. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Indonesia perketat saringan Hantavirus di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.