Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada sekatan visa baharu dikenakan ke atas rakyat Malaysia
  • NASIONAL

Tiada sekatan visa baharu dikenakan ke atas rakyat Malaysia

Utusan Sarawak 2 months ago
BERNAMA - Tiada Sekatan Perjalanan Baharu Dikenakan Ke Atas Rakyat Malaysia  - Kementerian Luar
KEMENTERIAN Luar mengesahkan bahawa tiada sekatan visa baharu ke atas rakyat Malaysia oleh negara lain.

PUTRAJAYA: Kementerian Luar hari ini berkata bahawa tiada sekatan visa baharu dikenakan ke atas rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke luar negara.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata dakwaan berhubung perkara berkenaan yang tular menerusi sebuah video di platform perkongsian video, adalah tidak benar. Video berkenaan secara mengelirukan mendakwa lapan negara telah memperkenalkan keperluan visa baharu untuk rakyat Malaysia, baru-baru ini.

“Kementerian mengesahkan bahawa dakwaan ini sama sekali tidak benar. Pada masa ini, tiada perubahan dalam dasar visa yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia di negara-negara yang disebutkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar telah membuat laporan polis mengenai isu berkenaan dan merujuk video berkenaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang serta peraturan sedia ada.

Sehubungan itu, kementerian menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan sentiasa merujuk sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat perjalanan yang tepat dan terkini. Kementerian turut menegaskan komitmennya dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat maklumat yang betul serta dilindungi semasa berada di luar negara. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Penjawat awam diminta hormati bahasa Melayu
Next: Aidilfitri: Hati-hati guna perkakas elektrik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.