Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kebakaran rumah dua tingkat di Pujut 2A

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku dalam sebuah rumah dua tingkat yang musnah dalam kebakaran di Lorong Rama 1, Pujut 2A di sini sekitar 8.00 malam tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak yang menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 8.39 malam, ini memandangkan rumah tersebut terbiar kosong.         

Susulan panggilan diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng serta BBP Miri Sentral dikerah ke lokasi kejadian.   

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati rumah dua tingkat jenis struktur kekal berkeluasan 50 x 60 kaki persegi, tidak berpenghuni telah terbakar 100 peratus.        

“Kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan menggunakan sumber air dari pili bomba.

“Operasi selesai 10.06 malam,” katanya.  

Oleh Adum Liu