Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • ‘Tiada raja’ di tanah air, tetapi dinobatkan di luar negara: Korea Selatan hadiahkan Trump replika mahkota emas
  • GLOBAL

‘Tiada raja’ di tanah air, tetapi dinobatkan di luar negara: Korea Selatan hadiahkan Trump replika mahkota emas

Utusan Sarawak 9 hours ago
 PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump berjabat tangan dengan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung semasa majlis penganugerahan kehormatan tertinggi, di mana Trump menerima replika mahkota yang pernah dipakai oleh raja-raja Silla, di Muzium Negara Gyeongju hari ini. Foto AFP

GYEONGJU (Korea Selatan): Presiden Donald Trump mungkin berdepan dengan protes di tanah air yang menuntut “tiada raja” di Amerika Syarikat, namun di Korea Selatan, para pegawai mempunyai hadiah yang sempurna untuk tokoh yang gemar kepada monarki itu sebuah replika mahkota emas.

Trump bertemu rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Lee Jae Myung, hari ini, sebagai sebahagian daripada lawatan di mana beliau dijangka mengadakan rundingan perdagangan yang tegang dengan Xi Jinping dari China.

Sebagai kemuncak kepada upacara sambutan mewah di ibu kota bersejarah Korea Selatan, Gyeongju, Trump telah menerima replika mahkota yang pernah dipakai oleh raja-raja Silla, dinasti yang memerintah dari tahun 57 SM hingga 935 M.

Hadiah dari Korea Selatan itu adalah replika “mahkota emas terbesar dan paling mewah yang masih wujud” dari zaman Silla, menurut penjelasan kepada Trump.

Mahkota itu melambangkan “hubungan suci antara kepimpinan syurgawi dan duniawi”.

Pejabat Presiden Korea Selatan berkata mahkota tersebut melambangkan “keamanan, kewujudan bersama dan kemakmuran bersama di semenanjung iaitu nilai-nilai yang mencerminkan era kestabilan panjang dinasti Silla”.

Trump tidak pernah menyembunyikan minatnya terhadap institusi monarki di seluruh dunia.

Rakyat Amerika telah berhimpun di seluruh negara bulan ini membantah apa yang penganjur panggil sebagai pemerintahan Trump yang “seperti raja” dan penghakisan norma demokrasi di Amerika Syarikat.

Trump mengejek perhimpunan itu di media sosial, berkongsi hantaran yang dijana AI menunjukkan dirinya memakai mahkota sambil memandu jet pejuang bertulis “King Trump” yang sedang membuang najis ke arah para penunjuk perasaan.

Pemimpin AS itu juga menerima Darjah Tertinggi Mugunghwa, anugerah tertinggi Korea Selatan.

Pingat itu mempunyai rekaan daun laurel yang melambangkan kemakmuran dan diberikan “sebagai tanda jangkaan terhadap keamanan dan kemakmuran yang akan anda bawa ke Semenanjung Korea”, menurut kenyataan rasmi.

“Ia satu penghormatan besar,” kata Trump.

“Saya ingin memakainya sekarang.”

Kecintaan Trump terhadap emas juga sudah diketahui umum, dan beliau turut menerima bola golf bersalut emas semasa lawatannya ke Tokyo minggu ini.

Pejabat Presiden Korea Selatan berkata majlis makan malam negara untuk Trump hari ini, akan menampilkan “pencuci mulut bertema emas” yang melambangkan “kepercayaan berpanjangan dalam pakatan serta komitmen bersama kedua-dua negara terhadap keamanan dan kemakmuran”.

– AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Angkasawan Rusia lakukan aktiviti berjalan di angkasa kedua pada 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.