Sekurang-kurangnya 20 maut, Taufan Melissa landa Haiti

Facebook
WhatsApp


MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan maut selepas Taufan Melissa melanda Haiti, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Rabu.

Menurut stesen Radio Television Caraibes, beberapa kawasan kejiranan di bandar pesisir barat daya Petit-Goave hampir musnah sepenuhnya, dengan banyak rumah runtuh serta serpihan di merata tempat, kata Datuk Bandar Petit-Goave, Jean Bertrand Subreme.

Rakaman di lokasi memaparkan kerosakan, manakala laporan tempatan mendedahkan mayat mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan.

Melissa, antara taufan paling dahsyat melanda rantau Caribbean sejak beberapa tahun kebelakangan ini, turut membawa hujan lebat dan banjir di pelbagai kawasan di Haiti dan Cuba.- Bernama-Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos