Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tiada pili bomba, tiada bekalan sumber air terbuka faktor rumah musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Tiada pili bomba, tiada bekalan sumber air terbuka faktor rumah musnah terbakar

Utusan Sarawak 3 months ago

SARIKEI: Sebuah rumah kosong dua tingkat jenis struktur kekal di Jalan Soon Chung, Batu 4 1/2 telah musnah terbakar. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, panggilan kecemasan diterima sekitar 12.37 tengah malam tadi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei bergegas ke lokasi kebakaran. 

“Setibanya di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) bomba membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dan sumber air dari pam jentera,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada 1.00 pagi. 

“Kebakaran mengakibatkan rumah kosong tersebut musnah sebanyak 80 peratus. 

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran semasa operasi pemadaman disebabkan masalah tiada pili bomba dan tiada sumber air terbuka berhampiran. 

“Operasi memadam kebakaran selesai sepenuhnya pada 2.47 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran bumbung Gereja St. Joseph akibat litar pintas 
Next: Lima sekeluarga cemas rumah kediaman terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.