Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tiada perubahan drastik untuk Liverpool – Slot
  • SUKAN

Tiada perubahan drastik untuk Liverpool – Slot

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PENGURUS Liverpool, Arne Slot berpuas hati dengan skuad yang dimilikinya ketika ini di Anfield.

LIVERPOOL, England: Pengurus Liverpool, Arne Slot percaya mengekalkan skuad yang semakin menghampiri kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih penting berbanding pembelian pemain bintang.

Perancangan The Reds bagi musim depan disuntik oleh keputusan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk menandatangani perjanjian baharu untuk kekal di Anfield sejak minggu lalu.

Trent Alexander-Arnold masih dilaporkan akan menyertai Real Madrid secara perpindahan percuma apabila kontraknya tamat pada hujung musim ini.

Van Dijk berkata menjelang persetujuannya untuk mengikat kontrak baharu dia menjangkakan “musim panas yang sibuk” dalam pasaran perpindahan daripada The Reds.

Satu-satunya pembelian Slot pada tahun pertama kendaliannya adalah Federico Chiesa, yang memainkan peranan kecil.

Namun dengan Liverpool 13 mata di puncak EPL, warga Belanda itu berpuas hati dengan skuad yang dimilikinya.

“Tunggu sahaja apa yang akan berlaku sepanjang musim panas tetapi pelik buat saya untuk menyatakan kini saya tidak gembira dengan pasukan kerana saya katakan ini selama setahun, kami gembira dengan pasukan yang kami miliki,” kata Slot hari ini.

“Mungkin jika kami mengekalkannya ia sudah menjadi musim panas yang besar.

“Saya fikir teras pasukan ini anda mahu kekalkan selama mungkin bersama, selagi mereka beraksi dengan cara terbaik, tetapi secara umum bagus juga mempunyai beberapa tenaga baharu dengan satu atau dua pemain.

“Tetapi ia bukan benar-benar satu keperluan jika anda lihat kualiti yang kami ada dan kualiti musim yang kami harungi.”

Liverpool boleh memastikan kejuaraan seawal malam Ahad ini jika mereka menang di Leicester dan Arsenal tumpas di gelanggang lawan kepada Ipswich. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Justin perlu kekuatan minda
Next: Komited perkasa belia aktif program kepimpinan, sukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.