Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada masalah bekalan santan di Sarawak menjelang Ramadan, Aidilfitri
  • TEMPATAN

Tiada masalah bekalan santan di Sarawak menjelang Ramadan, Aidilfitri

Utusan Sarawak 3 months ago

Fuziah Salleh (kiri) melihat sayuran segar pada lawatan ke sebuah gudang pemborong sempena Program Turun Padang Penguatkuasaan KPDN Sarawak hari ini. - Bernama

KUCHING: Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang Ramadan dan sambutan Hari Raya tahun ini, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh.

“Kita memang bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menyelesaikan isu itu…Di Sarawak tiada masalah bekalan santan dan kelapa.

“Antara barangan keperluan yang berkemungkinan berdepan masalah bekalan (di Sarawak) ialah bawang dan minyak masak peket,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan Ops Kita Gempur di sini, hari ini.

Fuziah berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara (KPDN) Sarawak turut mengeluarkan dua notis bertulis kepada pengimport, pemborong serta peruncit berkaitan tiga barangan basah iaitu bawang kuning China (Holland), bawang besar merah India dan bawang putih.

Beliau berkata notis itu bagi tujuan mendapatkan maklumat harga barangan, kos dan harga jualan semasa barangan tersebut, agar tiada pihak yang cuba mengambil keuntungan yang tidak munasabah.

“Notis itu dikeluarkan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 jadi ktia sudah ada data sekiranya ada kenaikan mendadak bagi barangan itu maka kita buka kertas siasatan,” katanya.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kelisa Sakura Tarikan Fast Culture, RM145,000 untuk impian jadi realiti
Next: Jambatan Batang Lupar II bakal jambatan kabel tertinggi negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.