Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender – PM Anwar
  • NASIONAL
  • SEMASA

Tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender – PM Anwar

Utusan Sarawak 2 years ago

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan November 2022 di Dataran Perdana Putra, Bangunan Perdana Putra, hari ini. Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (dua,kiri). FotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.

Pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, Anwar berkata kerajaan pimpinannya tidak lagi boleh mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

“Soal peraturan, perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini semua tidak boleh lagi.

“Maka untuk peringkat awal ini, saya ingin menyeru, mengajak saudara (penjawat awam) untuk sama-sama dalam pasukan, mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita,” katanya.

Katanya, sewaktu menerajui Kementerian Kewangan, beliau telah memberi arahan untuk tidak membenarkan ahli keluarga atau rakan terdekat mendapat kepentingan dalam projek berkaitan kerajaan.

Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov lepas berkata, beliau tidak berminat menggali masalah kerajaan terdahulu sebaliknya mahu menumpukan soal kerja dan mengangkat martabat hidup rakyat.

“Hidup rakyat secara umumnya walaupun tidaklah separah beberapa negara lain, tetapi dalam keadaan yang agak sukar, sebab itu di peringkat awal, beberapa hari ini saya tidak peduli fitnah, saya harap kita tumpu soal kerja.

“Saya tidak berminat korek kisah lama… Yang penting ialah ke depan, apa yang boleh dan patut kita lakukan dalam mempersiapkan diri menghadapi masa depan,” katanya.

Majlis perjumpaan hari ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun. – Bernama

Continue Reading

Previous: DUN: 10,634 kes diselesaikan setakat 24 November
Next: DUN: Guna Airbus A330 yang lebih besar ke Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.