Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada keperluan laksana dasar tamatkan hayat kenderaan lama – Loke
  • NASIONAL

Tiada keperluan laksana dasar tamatkan hayat kenderaan lama – Loke

Utusan Sarawak 2 years ago

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) merasmikan Forum Pengangkutan Lestari Alam Sekitar Serantau Peringkat Tinggi ke-15 di Asia, hari ini. Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke (dua, kiri), Ahli Majlis, Timbalan Ketua Pengarah Sekretariat Menteri, Biro Pengurusan Alam Sekitar Kerajaan Jepun, Mitsuya Maeda (kiri), Pengarah Pusat Pembangunan Wilayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRD), Kazushige Endo ( kedua, kanan) dan Ketua Kumpulan Sektor Pengangkutan, The Asian Development Bank (ADB), Jamie Leather (kanan). FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak melaksanakan dasar untuk menamatkan hayat kenderaan lama memandangkan langkah itu tidak praktikal, namun sentiasa menggalakkan rakyat untuk memilki kenderaan elektrik (EV) atau menggunakan pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, dasar itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia mengambil kira keadaan sosioekonomi negara dan keperluan hidup rakyat terhadap pergantungan kepada kenderaan persendirian.

“Kita tidak mempunyai dasar untuk menamatkan hayat kenderaan seperti beberapa negara (lain). Kalau buat satu dasar untuk scrap (menghapuskan) kereta lama, ia akan beri kesusahan kepada rakyat.

“Data penjualan kereta juga meningkat, sekali gus menunjukkan keadaan ekonomi yang baik. Itu (ialah) indikator (yang menunjukkan) bahawa kita masih bergantung kepada penggunaan kenderaan persendirian, belum ada dasar menghalang pemilikan kenderaan (lama),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di luar Forum Pengangkutan Lestari Alam Sekitar Serantau Peringkat Tinggi ke-15 di Asia di sini, hari ini.

Bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah negara bebas pelepasan karbon menjelang 2030, Loke berkata kerajaan akan terus membangunkan dan melabur dalam sistem pengangkutan awam untuk menjadikan perkhidmatan itu lebih baik.

“Dari segi nisbah pengangkutan awam kepada kenderaan persendirian, penggunaan sistem pengangkutan awam masih sangat rendah iaitu kira-kira kurang daripada 20 peratus.

“Kami berharap dapat meningkatkan penggunaan sistem pengangkutan awam, tetapi sudah pasti ia memerlukan banyak usaha dan masa serta pelaburan daripada kerajaan,” katanya dan menambah usaha sedang diambil untuk menggalakkan industri EV di Malaysia.

Loke berkata, 15 juta daripada 30 juta kenderaan di Malaysia ialah motosikal yang menyumbang kepada pelepasan karbon yang besar, justeru sebagai permulaan, kerajaan akan memberikan rebat hingga RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Cadangan penggunaan dana jaminan khas pulih projek sakit dikemukakan kepada MOF
Next: SPR tidak cadang benarkan bukan warganegara jadi saksi undi pos

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.