Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiada aggregator gas lain di Sarawak kecuali Petros – Julaihi
  • SEMASA

Tiada aggregator gas lain di Sarawak kecuali Petros – Julaihi

Utusan Sarawak 6 months ago

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengesahkan bahawa perbincangan antara Petronas dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai pelaksanaan sebagai aggregator gas tunggal di Sarawak di bawah Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016 sedang berjalan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata kerajaan Sarawak mengulangi bahawa di bawah ordinan itu, Petros dilantik sebagai aggregator gas tunggal.

“Tidak ada aggregator gas lain di Sarawak. Kerajaan Sarawak ingin mengulangi bahawa perbincangan yang sedang berjalan antara Petronas dan Petros seharusnya dimuktamad sesegera mungkin,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Semalam, Petronas dalam kenyataannya menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petros mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).

Perbincangan yang berterusan itu bertujuan untuk menyelaraskan kepentingan serta objektif semua pihak di samping memelihara pengaturan kontrak sedia ada, kata syarikat minyak dan gas negara melalui satu kenyataan.

Pada Mei lalu, Julaihi dalam ucapan penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengumumkan bahawa Petros akan mengambil alih 100 peratus operasi pengagihan gas bermula 1 Julai. 

Bagaimanapun, Petronas meminta penangguhan pelaksanaan pengambilalihan itu kerana pengagihan gas ke Loji LNG di Bintulu akan terjejas dan kerajaan Sarawak membenarkan penangguhan itu sehingga 1 Okober ini kepada Petronas untuk memuktamadkan susunan penyeliaan pengagihan gas di Sarawak dengan Petros.

Continue Reading

Previous: Beberapa syarat baharu diperkenalkan untuk program Malaysia Rumah Keduaku, Sarawak
Next: Pasukan Asaroz Terawan Mulu tampil semula setelah menyepi 17 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.