Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • The Rolling Stones lancar lagu di bawah nama Cockroaches
  • HIBURAN

The Rolling Stones lancar lagu di bawah nama Cockroaches

Utusan Sarawak 10 hours ago
KUMPULAN The Rolling Stones.

LONDON, United Kingdom: Kumpulan The Rolling Stones secara misteri melancarkan single edisi terhad baharu dalam format vinil menggunakan nama kumpulan The Cockroaches, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa kumpulan rock Britain itu bakal melancarkan album studio ke-25 mereka.

Lagu tersebut berjudul Rough and Twisted, mula dijual pada Sabtu dalam jumlah yang sangat terhad di beberapa kedai rakaman bebas terpilih di seluruh dunia.

Sounds of the Universe di Soho merupakan satu-satunya lokasi di ibu negara Britain yang menerima rekod yang menjadi rebutan itu, dijual dalam sampul putih tanpa sebarang rujukan kepada The Rolling Stones.

Kedai tersebut yang terletak dalam bangunan yang sama tempat kumpulan legenda itu mengadakan latihan pertama mereka hanya menerima 14 salinan untuk dijual, menurut Angela Scott yang bertugas di situ pada merupakan pasangan kepada pemilik kedai berkenaan.

Syarikat rakaman kumpulan itu, Universal Music Group, “menghubungi kami pada Jumaat dan memaklumkan bahawa mereka mempunyai beberapa rekod untuk dijual serta meminta kami menjualnya pada Sabtu,” katanya kepada AFP.

“Mereka juga memaklumkan kepada seseorang di sini bahawa rekod itu ialah milik The Rolling Stones yang menggunakan nama Cockroaches,” jelas Scott.

POSTER The Cockroaches bersama kod QR dilihat di Soho. Poster tersebut dipercayai memberi bayangan awal tentang album baharu kumpulan The Rolling Stones.

“Mereka menyatakan bahawa pemilihan dibuat kerana bangunan ini berkaitan dengan sejarah The Rolling Stones.”

Scott turut memaklumkan bahawa syarikat rakaman tersebut menetapkan harga jualan tepat £10.07 (AS$13.54).

“Mereka tidak memberikan penjelasan, namun seorang peminat dalam barisan berpendapat bahawa jumlah tersebut mungkin merujuk kepada tarikh pelancaran album.”

Kesemua 14 salinan di London habis dijual serta-merta selepas beberapa peminat mendapat maklumat awal tentang pelancaran tersebut dan beratur lebih awal.

“Salah seorang daripada mereka telah beratur sejak 3.00 pagi,” kata Scott, walaupun kedai itu hanya dibuka pada 10.00 pagi pada Sabtu.

64 dan terus berlanjutan

Empat belas individu pertama dalam barisan “telah selesai membeli pada 10.05 pagi”, namun seorang daripada mereka bersetuju memainkan lagu baharu itu di dalam kedai.

“Semua yang beratur berpeluang mendengarnya dan itu merupakan detik istimewa bagi mereka. Mereka amat menyukainya dan berasa gembira,” katanya.

“Kemudian kami terpaksa meletakkan papan tanda ‘Cockroaches habis dijual’ kerana semakin ramai yang hadir dan berasa kecewa.”

Jualan terhad itu menyusuli beberapa hari promosi awal dalam talian melalui akaun Instagram dan laman sesawang baharu Cockroaches, serta poster di London yang memaparkan kod QR yang memaut ke laman tersebut.

Sebuah video di Instagram memaparkan kapsyen 64 & counting yang dipercayai merujuk kepada tempoh sejak penubuhan The Rolling Stones.

The Cockroaches merupakan nama samaran yang pernah digunakan oleh vokalis utama Mick Jagger, rakan pengasas Keith Richards dan pemain gitar bas Ronnie Wood untuk mengadakan persembahan secara rahsia.

Kumpulan itu melancarkan album pertama mereka dalam tempoh 18 tahun pada penghujung 2023, dengan Hackney Diamonds menduduki carta album di lebih sedozen negara serta menerima pujian pengkritik.

Seorang peminat, Harry, 21, yang bekerja di sebuah kedai pakaian The Rolling Stones di Soho, menyambut baik petikan lagu baharu yang didengarnya dengan menyifatkannya sebagai “sangat klasik”.

“Ia banyak menampilkan gaya permainan blues lama,” katanya kepada AFP. “Saya yakin peminat akan menikmatinya.”

Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang sanggup menjual semula rekod baharu tersebut, dengan beberapa salinan dikesan dijual di eBay, termasuk satu yang disenaraikan pada harga minimum hampir AS$600. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Filem The Super Mario Galaxy terus ungguli kutipan tiket pawagam di Amerika Utara
Next: Britney Spears masuk pusat pemulihan selepas ditahan kerana DUI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.