Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Terminal kapal persiaran moden bakal pacu lonjakan pelancongan di Damai
  • Selatan
  • WILAYAH

Terminal kapal persiaran moden bakal pacu lonjakan pelancongan di Damai

Utusan Sarawak 5 hours ago
RAKAMAN gambar kenangan Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (empat dari kanan) bersama tetamu kehormat lain sempena rumah terbuka hari raya beliau, di sebuah hotel terkemuka, Kuching.

KUCHING: Pembangunan kawasan Damai dijangka menerima lonjakan baharu menerusi cadangan pembinaan terminal kapal persiaran moden bagi merancakkan sektor pelancongan negeri.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, projek berkenaan dirancang oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) bagi membolehkan Sarawak menerima kapal persiaran antarabangsa.

“Terminal ini penting kerana sebelum ini kapal persiaran tidak singgah di Sarawak disebabkan kekurangan kemudahan pelabuhan laut dalam.

“Kapal-kapal ini mampu membawa antara 2,000 hingga 6,000 pelancong dalam satu-satu masa, sekali gus memberi impak besar kepada industri pelancongan tempatan.

“Sekiranya projek tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun, jumlah pelancong ke Damai dijangka meningkat dengan ketara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka hari raya beliau, di sebuah hotel terkemuka, hari ini.

Tambah beliau, pembangunan itu turut disokong dengan naik taraf infrastruktur jalan utama bagi memastikan kelancaran pergerakan ke kawasan berkenaan.

“Jalan Sultan Tengah sepanjang 22.4 kilometer akan dinaik taraf daripada satu lorong kepada dua lorong dua hala.

“Ia juga akan dilengkapi dengan laluan basikal, laluan pejalan kaki serta laluan Autonomous Rapid Transit,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan kajian kebolehlaksanaan bagi projek pelabuhan tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak SEDC.

“Projek ini dijangka bermula sama ada pada penghujung tahun ini atau awal 2027. Lokasi yang dikenal pasti adalah di Semenanjung Damai berhampiran kawasan Kem Permai, manakala Kem Damai sedia ada akan dikekalkan.

“Pelabuhan itu direka khusus untuk menerima kapal persiaran berskala besar yang membawa sehingga 5,000 hingga 6,000 penumpang,” tambahnya.

Mengulas lanjut, sebelum ini, kekangan utama adalah ketiadaan kawasan laut dalam yang sesuai bagi menampung keperluan kapal persiaran bersaiz besar.

“Justeru, pembangunan pelabuhan tersebut dilihat sebagai pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi dan pelancongan di kawasan Damai serta negeri Sarawak secara keseluruhan,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis serah terima tugas jawatan penting IPD Bau berjalan lancar
Next: Ops HRA 2026: JPJ Sarawak pergiat rondaan di Betong, 25 kenderaan diperiksa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.