Majlis serah terima tugas jawatan penting IPD Bau berjalan lancar

Facebook
WhatsApp
PENYERAHAN Cawangan Khas dari kiri, Insp Romi Benet kepada ASP Syairil Adzrin Bin Sailb saksi oleh Mohd Haidi

BAU: Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman menyaksikan majlis serah terima tugas melibatkan dua jawatan penting di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, hari ini.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat IPD Bau itu melibatkan penyerahan tugas bagi jawatan Ketua Bahagian Pengurusan dan Ketua Cawangan Khas Daerah Bau.

GAMBAR berkumpulan pegawai Bau

Jawatan Ketua Bahagian Pengurusan diserahkan daripada Biby Anak Ibas kepada Sylvarius Gopog, manakala jawatan Ketua Cawangan Khas diserahkan daripada Romi Anak Benet kepada Syairil Adzrin Salbi.

Dalam ucapannya, Mohd Haide merakamkan penghargaan kepada pegawai yang bertukar atas khidmat dan sumbangan mereka, selain mengucapkan tahniah kepada pegawai yang dilantik bagi memikul tanggungjawab baharu.

Oleh Connie Chieng