
Paras air banjir di Kampung Masjid Trusan masih bertahan diiringi hujan yang masih turun malam ini.
LAWAS: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baru telah dibuka di Trusan di sini berikutan banjir yang melanda:
PPS itu adalah di SJK Chung Hua Trusan yang menempatkan 36 orang dan PPS SK Lintang yang kini merekodkan 33 mangsa.
PPS Dewan Masyarakat Trusan kekal 104 orang.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang telah berada di PPS daerah kecil Trusan ialah 173 orang.
Oleh ADENG EDRUS