Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Terima kasih selamanya Newcastle’ – Isak
  • SUKAN

‘Terima kasih selamanya Newcastle’ – Isak

Utusan Sarawak 2 days ago

Isak secara rasmi bakal beraksi bersama Liverpool. Foto FB Liverpool FC

LONDON: Alexander Isak berkata dia akan ‘selamanya berterima kasih’ kepada bekas kelabnya, Newcastle United, selepas menyertai Liverpool dengan rekod perpindahan British bernilai £125 juta (RM707.7 juta) pada hari terakhir jendela perpindahan.

Penyerang berusia 25 tahun itu menyertai skuad juara Liga Perdana Inggeris (EPL) kendalian Arne Slot dengan kontrak enam tahun.

Perpindahan Isak ke Anfield sekali gus menamatkan drama panjang selepas dia dikatakan bertindak mogok ketika berusaha mencari jalan keluar.

Isak tidak beraksi bersama Newcastle sepanjang pramusim serta tiga perlawanan awal EPL musim ini.

Ketiadaan itu membuatkan penyokong Newcastle mula berasa bengang terhadap bekas penyerang kesayangan mereka.

Ketika seri tanpa jaringan menentang Leeds United, Sabtu lalu, penyokong melaungkan: “Kami tidak peduli mengenai Isak. Dia tak peduli mengenai kami, yang kami peduli hanya NUFC.”

Penyerang Sweden itu menjaringkan 54 gol dalam 86 penampilan liga bersama Newcastle dan turut meledak gol dalam final Piala Liga awal tahun ini yang menyaksikan The Magpies menjulang trofi utama pertama selepas 56 tahun.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada rakan sepasukan, barisan kejurulatihan dan paling utama, bandar Newcastle serta semua penyokong yang luar biasa atas tiga tahun yang tidak dapat dilupakan bersama.

“Bersama-sama, kita telah mencipta sejarah dan membawa kelab ke tempat yang sepatutnya. Satu penghormatan besar buat saya menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.”

“Selamanya berterima kasih. Terima kasih Newcastle,” kata Isak menerusi kenyataan di Instagram.

Newcastle pada jendela perpindahan kali ini membawa masuk penyerang antarabangsa Jerman, Nick Woltemade dan penyerang DR Congo, Yoane Wissa. – AFP

Continue Reading

Previous: Manchester City dapatkan khidmat penjaga gol Itali Donnarumma
Next: Nova bertekad pecah dominasi China dalam beregu campuran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.