Manchester City dapatkan khidmat penjaga gol Itali Donnarumma

Facebook
WhatsApp
PENJAGA gol Itali Paris Saint-Germain (PSG) bernombor 01, Gianluigi Donnarumma memanaskan badan sebelum permulaan perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara UEFA antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Arsenal di Stadium Parc des Princes, Paris, pada 7 Mei 2025. Foto AFP (Gambar fail)

LONDON: Manchester City pada Selasa mengumumkan mendapatkan khidmat penjaga gol Itali Gianluigi Donnarumma daripada Paris Saint-Germain dengan kontrak lima tahun, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Kenyataan kelab itu tidak mendedahkan butiran kewangan perjanjian berkenaan.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan City membayar GBP30 juta (sekitar AS$40.5 juta) kepada kelab Paris itu untuk mendapatkan Donnarumma.

Laporan turut menyebut City telah bersetuju melepaskan penjaga gol Brazil, Ederson, kepada Fenerbahce dari Turkiye dengan harga GBP12 juta.

-Bernama- Qna