
KUALA LUMPUR: Gandingan beregu campuran negara Goh Soon Huat–Shevon Lai Jemie melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2026 selepas menewaskan wakil Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, hari ini.
Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi, pasangan pilihan kelapan itu bangkit selepas tewas 17-21 pada set pertama sebelum meraih kemenangan 21-15, 21-6 dalam tempoh 52 minit.
Kemenangan tersebut menyaksikan Soon Huat-Shevon dijadual bertemu pasangan pilihan utama dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping pada suku akhir.
Terdahulu, pasangan China itu menyingkirkan beregu campuran profesional negara Jimmy Wong–Lai Pei Jing 18-21, 21-17, 21-10. – Bernama