Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tentera ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang di Hutan Royal Belum
  • KEMALANGAN

Tentera ditemukan lemas, seorang lagi masih hilang di Hutan Royal Belum

Utusan Sarawak 6 months ago

Hutan Royal Belum. Gambar fail

IPOH: Seorang anggota tentera ditemukan lemas sementara seorang lagi masih hilang di kawasan Hutan Royal Belum semasa menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo/Foxtrot pada 29 November lepas. 

Mangsa lemas dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin manakala Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifli Mahmood berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan pada 8.56 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal, kejadian didapati berlaku pada 29 November lebih kurang 6 petang, semasa dua mangsa bersama tujuh anggota tentera lain sedang cuba menyeberangi Sungai Merah, mangsa gagal menyeberang dan dihanyutkan arus deras,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkifli berkata sehubungan itu penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Satu mangsa ditemukan lemas manakala satu lagi mangsa belum dijumpai, operasi SAR masih diteruskan,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Warga emas maut kemalangan di Kuala Balingian
Next: Jenazah anggota komando lemas di Perak selamat dikebumi di Kampung Jemoreng, Matu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.