Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tenggara China terjejas akibat banjir kilat
  • GLOBAL

Tenggara China terjejas akibat banjir kilat

Utusan Sarawak 5 years ago

GUANGXI ZHUANG: Hujan lebat sehingga menyebabkan banjir kilat melanda wilayah tenggara China sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan media tempatan, keadaan itu menyebabkan kehidupan jutaan penduduk terjejas selepas kediaman mereka ditenggelami air dan tanaman mereka rosak.

Antara kawasan yang terjejas teruk adalah Guangxi, Hunan, Guangdong dan beberapa kawasan lain di wilayah selatan negara itu.

Kejadian fenomena alam yang berlaku sejak 2 Jun itu turut meragut sembilan nyawa setakat ini.

Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan penduduk sudah digerakkan termasuk mengaktifkan tahap tindak balas kecemasan yang tinggi.

Pihak pemantau negara China pada Selasa mengatakan, lebih banyak hujan dijangka turun di sebilangan besar wilayah tengah dan selatan China.

Di sepanjang pantai di wilayah Guangdong, lebih 20,000 orang terpaksa berpindah ke tempat selamat, mendapatkan perlindungan di khemah yang disediakan agensi kerajaan di kawasan terjejas teruk seperti Zhaoqing dan Qingyuan.

Puluhan sungai sudah mencapai atau melebihi tahap amaran sejak beberapa hari lepas. – AFP

Continue Reading

Previous: Bangladesh enggan terima Rohingya
Next: Kebumi sebelah pusara ibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.