Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan peringkat cadangan – Jakim
  • NASIONAL

Tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan peringkat cadangan – Jakim

Utusan Sarawak 2 years ago
Cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Praperkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin.

PUTRAJAYA: Cadangan pelaksanaan tempoh sah laku sijil Kursus Praperkahwinan Islam selama 10 tahun bermula 1 Oktober depan seperti yang dilaporkan masih di peringkat pertimbangan, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jakim dalam satu kenyataan hari ini berkata, cadangan tersebut dibangkitkan bagi memastikan pelaksanaan kandungan Modul Kursus Praperkahwinan Islam yang lebih relevan dan berkesan kepada bakal pengantin.

Jakim memaklumkan cadangan tersebut telah dibincangkan oleh jabatan itu bersama Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

“Ia masih lagi dalam peringkat cadangan dan pertimbangan untuk dilaksanakan,” kata Jakim.

Pada Rabu lepas, sebuah portal melaporkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, tempoh sah laku sijil kursus berkenaan yang berasaskan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) bagi tujuan permohonan Kebenaran Berkahwin JAWI adalah tidak melebihi tempoh 10 tahun.

Pada masa kini, sijil berkenaan sah dan laku seumur hidup. – Bernama

Continue Reading

Previous: KKM sahkan dua kes positif cacar monyet (mpox) di Malaysia
Next: Akta muzium digubal untuk kawal selia muzium – Aaron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.