Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Telaga Air destinasi ekopelancongan baharu
  • TEMPATAN

Telaga Air destinasi ekopelancongan baharu

Utusan Sarawak 5 years ago
SANTAI… Abang Johari bersama Dr Abdul Rahman dan Abdul Karim menaiki bot untuk menyelusuri sepanjang perairan Telaga Air.

TELAGA AIR: Pembangunan Telaga Air akan dirancakkan lebih efektif supaya menjadi destinasi ekopelancongan Sarawak baharu.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata terdapat tiga rancangan projek sedang dirangka yang dijangka mula dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Lawatan ini memberi input pembangunan baharu iaitu perancangannya akan memanjangkan tebingan sungai Telaga Air bagi kedua-dua bahagian sepanjang 900 meter.

“Kita juga mungkin membina Marina (pelabuhan bot) memandangkan permintaan daripada Kelab Bot dan kita akan bekerjasama dengan sektor swasta (Kelab Bot) kerana aktiviti berlayar dan memancing menarik pelancong ke sini,“Seterusnya kita mungkin membina masjid terapung di sini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di sekitar Telaga Air dekat sini semalam.

Menurut Abang Johari projek itu akan diteliti lagi berikutan RMK12 kini masih di peringkat perancangan.

“Kita rasa tiga lokasi untuk bandaraya Kuching ini harus dibangunkan iaitu pertama di Telaga Air, dua di Pantai Damai dan ketiganya di Sematan,” ujaranya dan menambah ketiga-tiga lokasi berkenaan adalah rangkaian yang menarik untuk ekopelancongan.

Menyifatkan keindahan ketiga-tiga lokasi itu terletak berhampiran pantai maka ia diyakini akan merangsang kedatangan pelancong dan sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi rakyat setempat.

“Saya berkesempatan naik bot melihat potensi dari muara sungai Telaga Air hingga ke hujung Kampung Sungai Aur.

“Saya melihat potensi begitu baik untuk mewujudkan sukan memancing pada masa sama menarik pelancong ke tapak Ramsar ‘Wet Land’ yang ada di sini,” katanya dan menegaskan, Telaga Air dibangunkan sejak lebih 20 tahun lalu di bawah pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa (RGC).

Mendedahkan pelayaran kapal boleh menjadi salah satu aktiviti pelancongan yang berpotensi diwujudkan di Telaga Air, Abang Johari berkata Telaga Air adalah lokasi menarik yang ditawarkan di Pantai Damai.

“Aktiviti berlayar kapal boleh diadakan di sepanjang Telaga Air ke Pantai Damai dan seterusnya dari Pantai Damai kembali ke Telaga Air,” jelasnya sambil memberitahu akan mengadakan perbincangan dengan pihak pemaju, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanag (LCDA) dan pelaksana Majlis Perbandaraan Padawan (MPP) untuk rundingan lanjut.

Justeru itu, Abang Johari berharap MPP menambah baik lagi perkhidmatan di Telaga Air memandangkan kawasan itu memiliki potensi ekopelancongan.

Lawatan Ketua Menteri itu turut diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi merangkap ADUN Pantai Damai dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Lo Khere Chiang.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: RM2 juta untuk tapak baharu perkuburan Islam
Next: Abang Jo terima kunjungan rombongan Politeknik Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.