Abang Jo terima kunjungan rombongan Politeknik Mukah

Facebook
WhatsApp
KUNJUNGAN HORMAT… DATUK Patinggi Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama delegasi dari Politeknik Mukah yang diketuai Pengarahnya, Dullah Muluk selepas kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching, semalam.

KUCHING: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Politeknik Mukah, Dullah Muluk di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching semalam.

Kunjungan berkenaan bertujuan menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas beberapa bentuk sumbangan dan bantuan kepada Politeknik Mukah.

Turut hadir Timbalan Pengarah Sokongan dan Akademik Politeknik Mukah, Iskandar Reduan, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Mukah, Mohamad Sani Said dan Ketua Unit Komunikasi dan Korporat Politeknik Mukah, Mohamad Baharruddin Mohamad.