Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tegas tangani ancaman keselamatan rakyat
  • GLOBAL

Tegas tangani ancaman keselamatan rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago
TEGAS… Presiden Moon Jae-in

SEOUL: Presiden Moon Jae-in pada Jumaat memberi jaminan kerajaannya akan bertindak tegas untuk menangani setiap tindakan yang mengancam nyawa dan keselamatan rakyat Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap.

Beliau berucap pada majlis sambutan Hari Angkatan Tentera ke-72 di markas Komando Perang Khas di Icheon, wilayah Gyeonggi, susulan laporan mengatakan Korea Utara menembak mati seorang pegawai kerajaan Korea Selatan dan membakar mayat mangsa. 

Moon menekankan Korea Selatan akan meningkatkan tahap keselamatan dan pertahanannya.

“(Saya) berjanji kerajaan dan tentera akan bertindak tegas terhadap setiap tindakan yang mengancam nyawa dan keselamatan rakyat,” kata presiden dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen.

Tambah beliau Korea Selatan boleh “menjaga dan mewujudkan perdamaian” dengan keupayaan pertahanan yang kuat dengan cara sendiri dan tidak dapat diatasi oleh mana-mana pihak. 

Dalam ucapannya selama 15 minit itu, Moon sering mengungkapkan perkataan “damai”, tanpa menyebut mengenai Korea Utara.

Pada Khamis, Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengatakan seorang penjawat awam berusia 47 tahun yang bertugas dengan Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan ditembak mati oleh pihak Korea Utara. Mayat mangsa kemudian dibakar berikutan kebimbangan terhadap jangkitan COVID-19.

Berikutan itu, Moon mengeluarkan kenyataan mengatakan kejadian itu amat mengejutkan dan ia perbuatan yang tidak boleh diterima walau dengan apa alasan sekalipun.

Beliau mendesak Pyongyang mengambil tindakan terhadap mereka yang “bertanggungjawab”.- Bernama

Continue Reading

Previous: Thailand ambil tindakan terhadap Facebook, Twitter
Next: Dua pegawai polis ditembak dalam protes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.