Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Teater muzikal sulung: M. Nasir mencari Liu
  • HIBURAN

Teater muzikal sulung: M. Nasir mencari Liu

Utusan Sarawak 10 hours ago
TEATER… Selepas puluhan tahun menghidupkan dunia seni menerusi muzik dan lakonan, legenda muzik tanah air Datuk M. Nasir membuka satu lagi dimensi baharu dalam perjalanan seninya menerusi penerbitan teater muzikal ‘Mansur dan Liu’.

KUALA LUMPUR: Selepas puluhan tahun menghidupkan dunia seni menerusi muzik dan lakonan, legenda muzik tanah air Datuk M. Nasir membuka satu lagi dimensi baharu dalam perjalanan seninya menerusi penerbitan teater muzikal ‘Mansur dan Liu’.

Naskhah itu menjadi projek teater muzikal sulung yang diterbitkan bersama-sama dengan isteri Datin Marlia Musa, dan mereka sedang mencari ‘Liu’, iaitu watak heroin yang bakal menghidupkan pementasan berkenaan.

Marlia berkata pemegang watak Liu perlu memiliki ciri-ciri tersendiri, termasuk gerak tari yang gemalai, tutur bicara yang bijaksana serta suara lunak dan gemersik bagi melengkapkan gandingan dengan karakter Mansur.

“Ini adalah teater muzikal pertama kami. Sebelum ini, kami hanya mendengar suara, melihat lakonan dan gerak tari. Jadi, kami mahu melihat semuanya diterjemahkan secara nyata menerusi bakat-bakat baharu dalam pementasan ini nanti,” katanya dalam kenyataan.

Bagi merealisasikan pencarian itu, sesi uji bakat terbuka ‘M. Nasir Mencari Liu’ akan berlangsung esok di Club Chinois, JW Marriott Hotel Kuala Lumpur bermula 3 petang dan mempelawa bakat-bakat berpotensi untuk tampil.

-Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Selepas hobbit, Peter Jackson kini hasil filem Tintin
Next: SHFF 2026 kembali meriah, teater ‘Belawan Burieng’ jadi tarikan utama di SCV

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.