TBS sumbang bantuan makanan

Facebook
WhatsApp
DATU Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan di PPV Hospital Umum Sarawak, baru-baru ini.

KUCHING:  Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menyumbang 100 pek makanan dan 20 kotak air minuman kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hospital Umum Sarawak bertempat di Kozi Square.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata, program ini adalah satu inisiatif TBS melalui prasarana Ummah Distribution Centre (UDC) dalam pengagihan bantuan makanan dan bantuan peralatan khas kepada PPV berkenaan.

“Turut disumbang, bantuan berbentuk alatan pejabat dan bantuan peralatan khas lain.

“Inisiatif sumbangan ini bagi membantu petugas barisan hadapan untuk kelancaran pelaksanaan vaksinasi di sini,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, setakat 31 Mei 2021, sebanyak RM28.9 juta hasil kutipan zakat telah diagihkan kepada asnaf yang berhak oleh TBS melalui tiga program utamanya iaitu ‘Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah’.

Oleh NUR AIN OTSMAN

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00

Pemilihan Kata yang Menjadi dalam Sajak

APABILA memperkatakan sajak, fokus utamanya tentu sahaja tentang pemilihan kata. Walaupun tema menjadi asas pemikiran sesebuah sajak dilahirkan, pemilihan kata