Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Montha melanda pantai selatan India
  • GLOBAL

Taufan Montha melanda pantai selatan India

Utusan Sarawak 13 hours ago
GELOMBANG pasang melanda ketika orang ramai berjalan berhampiran pantai di tengah hujan sebelum pendaratan Taufan Montha, di Chennai pada 28 Oktober 2025. Foto AFP

NEW DELHI: Taufan Montha melanda pantai selatan India pada Selasa, membawa hujan lebat dan angin kencang, mengganggu penerbangan serta menenggelami kawasan rendah.

Taufan ini dijangka melintasi Andhra Pradesh sebagai taufan teruk dengan kelajuan angin antara 90 hingga 100 km/j.

Sekitar empat juta penduduk berada dalam zon berisiko, manakala sekolah ditutup dan aktiviti menangkap ikan digantung.

Puluhan ribu penduduk telah dipindahkan ke lebih 2,000 kem bantuan, dan hospital mudah alih disediakan untuk menghadapi kemungkinan kecemasan.

Tahun lalu, Taufan Remal meragut 48 nyawa di India dan 17 di Bangladesh. Saintis memberi amaran bahawa ribut kini semakin kuat akibat pemanasan global dan perubahan iklim. – AFP

Continue Reading

Previous: Sekurang-kurangnya 20 maut, Taufan Melissa landa Haiti
Next: Indonesia tetapkan kos haji kira-kira RM25,700 setiap jemaah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.