Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Tarif elektrik akan diumum, tetap utamakan rakyat
  • BISNES

Tarif elektrik akan diumum, tetap utamakan rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago
MENTERI Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa kajian tarif elektrik yang akan diumumkan kemudian masih memberi keutamaan kepada rakyat, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Menurutnya ini sejajar usaha kerajaan yang sentiasa mengkaji tarif tenaga yang bersesuaian.

“Bagi tarif ini, mesti ada tempoh (khusus) untuk kajian yang kita buat. Insya-Allah kita akan buat pengumuman mengenainya selepas ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai semakan semula kadar elektrik bagi pengguna domestik yang dikatakan masih tinggi pada waktu ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Abdul Razib Dawood yang turut hadir pada sidang media sama berkata pihaknya mengambil maklum mengenai isu membabitkan tarif elektrik berkenaan.

Beliau menjelaskan, kadar tarif itu ditetapkan berdasarkan mekanisme ‘Incentive Based Regulations’ atau IBR iaitu Kawal Selia Berasaskan Insentif.

“Setiap pusingan IBR itu, tentulah ada unsur-unsur kajian berhubung struktur tarif dan sebagainya,” jelasnya.

Terdahulu, Shamsul Anuar mengumumkan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan berjumlah RM942 juta yang dijangka memanfaatkan empat juta pengguna domestik.

Bagi pengguna industri, bantuan kekal seperti di dalam pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) buat masa ini, katanya.

Pada 27 Mac lepas, kerajaan mengumumkan diskaun penggunaan elektrik sebanyak 15 peratus kepada sektor dan perniagaan yang terjejas antaranya syarikat perhotelan, agensi pelancongan, penerbangan tempatan, pusat beli-belah, konvensyen dan taman tema.

Bagi sektor industri lain, komersial dan pertanian tertentu, kerajaan memberi diskaun sebanyak dua peratus untuk penggunaan elektrik bagi tempoh enam bulan seterusnya.

Selain itu, diskaun penggunaan elektrik sebanyak 15 peratus ke 50 peratus diberikan kepada pengguna domestik- Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia, India perkukuhkan kerjasama
Next: Pengunjung dibenarkan masuk lapangan terbang – MAHB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.