Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie-Wen Tse gagal ke final Terbuka Taiwan
  • SUKAN

Tang Jie-Wen Tse gagal ke final Terbuka Taiwan

Utusan Sarawak 10 hours ago
BEREGU campuran negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse. FOTO fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beregu campuran baharu negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse gagal mara ke pentas final, sekali gus menamatkan cabaran Malaysia pada kejohanan Terbuka Taiwan 2025 hari ini.

Pada aksi separuh akhir kejohanan bertaraf Super 300 yang berlangsung di Taipei Arena itu, pasangan ‘bidan terjun’ negara yang juga pilihan ketujuh tunduk 11-21, 15-21 kepada pilihan keempat dari Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dalam pertarungan selama 38 minit.

Tang Jie-Wen Tse dijangka kembali beraksi pada kejohanan Masters Malaysia 2025 yang akan berlangsung dari 20 hingga 25 Mei ini, yang berkemungkinan menjadi kejohanan terakhir mereka sebagai pasangan.

Selepas itu, Tang Jie akan kembali bergandingan bersama rakan tetapnya Toh Ee Wei pada kejohanan Terbuka Singapura 2025, dari 27 Mei hingga 1 Jun.

Pada Mac lepas, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan gandingan Tang Jie-Ee Wei dipisahkan buat sementara waktu susulan cadangan daripada panel kejurulatihan, termasuk Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara Rexy Mainaky dan Ketua Jurulatih Beregu Campuran Negara Nova Widianto, semasa mesyuarat Jawatankuasa Prestasi baru-baru ini.

Ketegangan antara Tang Jie dan Ee Wei dilaporkan tercetus pada temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, apabila mereka tersingkir di suku akhir selepas tewas 19-21, 14-21 kepada pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun.

Rentetan itu, gandingan baharu Tang Jie-Wen Tse serta Ee Wei-Loo Bing Kun dibentuk secara sementara.

Bagaimanapun, BAM bulan lepas mengumumkan bahawa Tang Jie dan Ee Wei akan digandingkan semula selepas mendapat permintaan daripada kedua-dua pemain serta hasil perbincangan mendalam bersama panel kejurulatihan.– Bernama

Continue Reading

Previous: Masa depan Pearly Tan-M. Thinaah diketahui selepas Terbuka Thailand 2025
Next: Malaysia raih kemenangan pertama acara double

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.