Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie tak pernah terfikir berpisah dengan Ee Wei, terkilan tidak beraksi di BAC
  • SUKAN

Tang Jie tak pernah terfikir berpisah dengan Ee Wei, terkilan tidak beraksi di BAC

Utusan Sarawak 2 months ago
GANDINGAN Tang Jie-Ee Wei.

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara Chen Tang Jie mengakui tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berpisah dengan Toh Ee Wei, sebaliknya menyerahkan kepada barisan kejurulatihan untuk membuat keputusan yang terbaik.

Tang Jie mengakui sedikit terkilan kerana tidak dapat beraksi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025, tetapi tetap akur dengan keputusan yang dibuat oleh ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto.

“Memang ada sedikit rasa sayang kerana BAC adalah kejohanan besar dan kami berpeluang mewakili negara serta mungkin meraih pingat. 

“Namun, saya terima keputusan ini kerana prestasi kami sebelum ini pada Seluruh England dan Masters Orleans tidak begitu baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, hari ini.

Tang Jie, berkata fokus utamanya kini adalah terus bermain badminton kerana baginya situasi semasa adalah lumrah sebagai pemain beregu, selain berharap akan kembali memburu kejuaraan bersama Ee Wei. 

Beliau, berkata keadaan mereka berdua masih terkawal dan hanya menantikan pengesahan mengenai kejohanan seterusnya yang bakal disertai, sama ada Piala Sudirman atau kejohanan lain.

“Bersama Ee Wei, saya memang menghargai apa yang kami capai dan memang bersyukur dengan kerjaya saya. Pasangan saya mempunyai perwatakan yang baik. Sudah tentu saya mahu memburu gelaran lain bersama dia tetapi kita akan lihat sebab tidak tahu apa kejohanan seterusnya. 

“Saya hargai setiap pasangan yang pernah beraksi bersama saya. Saya sentiasa bersedia untuk apa sahaja yang bakal berlaku,” katanya. 

Semalam, Nova mengesahkan gandingan Tang Jie-Ee Wei direhatkan buat sementara waktu daripada sebarang kejohanan susulan perselisihan faham antara mereka ketika ini.

Nova berkata beliau mengambil keputusan itu bagi memberi ruang kepada pasangan keempat dunia berkenaan menjernihkan semula hubungan mereka. 

Beliau berkata hubungan dingin gandingan itu dikesan sejak Sukan Olimpik 2024 di Paris yang menyaksikan penampilan pertama mereka pada temasya sukan berprestij di dunia itu berakhir pada aksi suku akhir selepas tumpas kepada pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun 19-21, 14-21.

Baru-baru ini, Ee Wei memadam semua gambar bersama Tang Jie di laman Instagram selepas mereka tersungkur pada pusingan pertama Seluruh England 2025, sekali gus menguatkan lagi spekulasi terdapat perselisihan antara mereka. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Legenda bola sepak Rahim Abdullah meninggal dunia
Next: England catat kemenangan kedua kelayakan Piala Dunia dalam tempoh empat hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.