Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tandas Awam Taman Millenium ditutup akibat kerosakan, kecurian pili air
  • Tengah
  • WILAYAH

Tandas Awam Taman Millenium ditutup akibat kerosakan, kecurian pili air

Utusan Sarawak 1 month ago
TANDAS Awam Taman Millenium ditutup sementara susulan kecurian yang menyebabkan kerosakan kemudahan, hari ini.

BINTULU: Tandas Awam Taman Millenium ditutup sementara bermula hari ini (10 April) susulan kejadian kecurian yang menyebabkan kerosakan pada beberapa kemudahan asas di lokasi berkenaan.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), penutupan tersebut perlu dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dan siasatan lanjut pihak berkuasa.

“Kecurian ini melibatkan tiga unit pili air sinki logam di kawasan luar tandas, satu unit pili air sinki dan satu unit hos air di dalam tandas Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

PILI air di luar tandas turut dicuri sekali gus mengakibatkan kerosakan serta pembaziran air.

Kejadian yang dipercayai berlaku semalam (9 April) turut menyebabkan pembaziran air apabila aliran tidak dapat dihentikan hingga awal pagi ini, sebelum disedari oleh operator tandas.

Pihak BDA juga telah membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. 

“Pihak kami memandang serius insiden ini kerana ia melibatkan kemudahan awam yang digunakan oleh orang ramai.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menggesa orang ramai agar bersama-sama menjaga kemudahan awam demi kesejahteraan bersama,” ujarnya.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kawasan parkir Gereja Katolik St. Anthony bakal dinaik taraf
Next: Pelajar luar bandar perlu kuasai bahasa Inggeris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.