Tanam bunga boleh jana pendapatan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

REALITINYA, ada beberapa minat atau hobi yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan lumayan walaupun sekadar dilakukan pada masa lapang.

Hobi seorang pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mai, dengan menanam bunga Bromeliad bertukar menjadi pendapatan tambahan buat dirinya apabila tanaman hiasan itu kini mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Ketika seluruh negara dilanda pandemik Covid-19 sekitar dua tahun yang lalu, beliau tidak menyangka bunga Bromeliad itu mendapat sambutan dan berjaya meraih pendapatan sehingga mencecah ratusan dan ribuan ringgit sebulan apabila ada pelanggan yang sanggup datang dari luar Sarawak untuk membeli koleksi pokok dimilikinya itu.

Antara spesies Bromeliad yang sangat unik dan digemari ramai pelanggan. Foto MELVERA MUNDED

Miliki Ratusan Bromeliad

“Tanam bunga Bromeliad ini sebenarnya memang hobi saya, lebih-lebih lagi ketika kita dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang penularan Covid-19 dua tahun lalu. Saya tanam di halaman rumah dan kini sudah memiliki ratusan jenis bunga Bromeliad.

“Pelbagai spesies bunga Bromeliad harganya mahal boleh capai ratusan dan ribuan sepokok,” katanya kepada pemberita Utusan Sarawak ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Bromeliad Neo Hybrid Tiger. Foto MELVERA MUNDED

Mengulas lanjut, Kak Mai berkata, tanaman hiasan itu menjadi kegilaan penggemar pokok hiasan sejak beberapa tahun lalu setelah ia tular di media sosial ketika negara di landa pandemik Covid-19 dan terus menjadi pilihan terutamanya golongan surirumah untuk menanam serta memiliki pokok tersebut.

Katanya, hobinya yang suka menanam pelbagai jenis pokok hiasan menyebabkan beliau sering menjadi tumpuan penduduk kampung dan orang ramai yang datang ke rumahnya untuk membeli hasil koleksi tanaman hiasannya.

Bromeliad Ninja Hybrid. Foto MELVERA MUNDED

“Malah sepanjang tempoh PKP sebelum ini permintaan terhadap bunga Bromeliad ini sangat tinggi, mungkin disebabkan mereka ingin mengisi masa lapang di rumah.

“Ada yang sanggup datang sendiri ke sini walaupun jauh kerana bimbang pokok mereka rosak sekiranya dihantar melalui pos,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kak Mai berkata akan meneruskan hobinya itu dengan menambahkan pelbagai lagi koleksi pokok hiasan selepas ini.

Katanya, selain menanam bunga Bromeliad, beliau juga ada menanam pelbagai jenis pokok bunga lain di halaman rumahnya.

Bromeliad Neoregelia Lucifer. Foto MELVERA MUNDED

Kenali Bromeliad

Bromeliads adalah sejenis tanaman yang sama dengan tanaman nanas iaitu famili Bromeliaceae yang mempunyai sebanyak 3,495 spesis daripada 51 genus semuanya.

Bagaimanapun, umum lebih mengenali dengan jenis Ananas comosus iaitu nanas yang berbuah dan ia dikomersilkan sebagai sejenis buah tropika yang manjadi tahap status tanaman buah komersil diseluruh dunia yang dikatakan memberikan pulangan baik kepada penanamnya.

Bromeliad Neoregelia Carcharodon. Foto MELVERA MUNDED

Apa pun industri bromeliads sebenarnya menyumbang sebanyak RM20 juta untuk pasaran eksport pada 2017 terutama ke negara jiran Singapura.

Oleh Melvera Munded

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan