Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh di Jalan Kejapil Beraya, pengguna diingatkan berwaspada
  • Utara
  • WILAYAH

Tanah runtuh di Jalan Kejapil Beraya, pengguna diingatkan berwaspada

Utusan Sarawak 5 hours ago
AWAS… Pengguna Jalan Kejapil Beraya dinasihati sentiasa waspada ekoran terdapat tanah runtuh hingga menutupi separuh jalan tersebut.

BEKENU: Pengguna Jalan Kejapil Beraya dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan kejadian tanah runtuh yang menutupi sebahagian jalan tersebut.

Jalan Kejapil Beraya merupakan laluan pintas dari Lebuh Raya Pan Borneo (Simpang Bekenu) menuju ke Jalan Persisiran Pantai Miri–Bintulu (Simpang Beraya).

Kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut dilaporkan berlaku pada awal pagi tadi akibat hujan lebat yang turun sepanjang malam.

Penulis Utusan Sarawak yang sering menggunakan laluan pintas ini mendapati kawasan tanah runtuh terletak di bahagian jalan yang sempit dan berbukit.

Beberapa tahun lalu, jalan ini pernah runtuh sehingga menyebabkan laluan terputus sebanyak dua kali di lokasi berasingan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pasar Rakyat Marudi lengang susulan kenaikan harga sayur
Next: APM Marudi bersihkan pokok tumbang di laluan ke SK Lubuk Nibong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.