Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh di Bukit Datuk Seng tidak libatkan mangsa
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanah runtuh di Bukit Datuk Seng tidak libatkan mangsa

Utusan Sarawak 2 months ago
PASUKAN bomba menjalankan pemantauan di lokasi kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah di Bukit Datuk Seng, Jalan Airport, petang semalam. Foto PGO JBPM Sarawak

KAPIT: Penghuni sebuah rumah di Bukit Datuk Seng, Jalan Airport, di sini berdepan detik cemas selepas berlaku kejadian tanah runtuh, petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 7.08 petang.

“Kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal. 

“Hasil pemantauan mendapati mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh penduduk setempat dan tiada melibatkan apa-apa kecederaan,” kata jurucakap menerusi satu kenyataan awal pagi tadi.

Jurucakap mengesahkan tiada operasi menyelamat dijalankan oleh pasukan keluaran operasi (PKO).

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SAA perlu dana RM6.5 juta untuk projek pembinaan bangunan baharu
Next: Rumah dinaiki air, warga emas bersama dua wanita dipindahkan ke PPS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.