Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah kubur mendap diatasi segera
  • WILAYAH

Tanah kubur mendap diatasi segera

Utusan Sarawak 2 months ago
CAKNA ADUAN… Johnny Pang Leong Ming dan pihak DID Bintulu serta Gereja Anglican St. Thomas Parish Bintulu melakukan tinjauan berkenaan masalah saliran di Tanah Perkuburan Anglican Bintulu, baru-baru ini.

BINTULU: Masalah takungan air di Tanah Perkuburan Anglican Bintulu yang berlarutan setiap kali hujan lebat akan diatasi melalui pelaksanaan sistem saliran baharu di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, berkata, keadaan itu bukan sahaja menyukarkan waris dalam urusan pembersihan kubur tetapi juga menimbulkan risiko kesihatan akibat pembiakan nyamuk.

“Isu ini perlu diberi perhatian segera bagi mengelakkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan penduduk sekitar. 

“Saya telah meminta Jabatan Saliran dan Pengairan (DID) Bahagian Bintulu untuk segera perancangan pembinaan sistem saliran baharu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menggesa pihak pengurusan gereja untuk terus memantau keadaan tanah perkuburan bagi memastikan persekitaran kekal bersih, selamat, dan bebas daripada risiko penyakit bawaan air.

OLEH CAROLYNE UTIH

Continue Reading

Previous: 10 warga SJKC Yong Seng terperangkap banjir diselamatkan
Next: TBS serah bantuan kepada 246 penerima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.