Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Taman Tumbina Bintulu tawar pengalaman santai dekatkan pengunjung dengan alam semula jadi
  • Utara
  • WILAYAH

Taman Tumbina Bintulu tawar pengalaman santai dekatkan pengunjung dengan alam semula jadi

Utusan Sarawak 3 hours ago
SENARAI harga tiket ke Taman Tumbina Bintulu.

BINTULU: Taman Tumbina Bintulu terus menjadi antara lokasi rekreasi pilihan orang ramai dengan menawarkan pengalaman santai berteraskan alam semula jadi serta pendedahan kepada kepelbagaian flora dan fauna.

Menurut kenyataan pihak Taman Tumbina, taman berkenaan merupakan integrasi taman tumbuhan dan taman binatang, dengan nama ‘TUMBINA’ diambil daripada gabungan perkataan TUMbuhan dan BINAtang.

“Taman tersebut bukan sebuah zoo, sebaliknya sebuah taman rekreasi yang memberi peluang kepada pengunjung menikmati suasana tenang sambil mendekati alam semula jadi.

“Pengunjung boleh meluangkan masa bersama keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara sambil menghayati ketenangan alam serta menikmati suasana mendamaikan jauh daripada kesibukan,” katanya.

Dalam pada itu, pengunjung turut dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati berikutan kerja penyelenggaraan yang sedang dijalankan di beberapa kawasan taman berkenaan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf jambatan, jalan Tanjung Kunyit siap sepenuhnya
Next: Setitik darah mampu selamatkan sehingga tiga nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.