Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Taman Tumbina Bintulu perkenal caj masuk mulai 26 Januari ini
  • SEMASA

Taman Tumbina Bintulu perkenal caj masuk mulai 26 Januari ini

Utusan Sarawak 2 days ago
ORANG ramai berkunjung ke Taman Tumbina Bintulu yang akan mula mengenakan caj tiket masuk kepada pengunjung bermula 26 Januari ini bagi menampung kos penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan taman.

BINTULU: Taman Tumbina Bintulu akan mula mengenakan caj tiket masuk kepada pengunjung berkuat kuasa 26 Januari ini, selepas kemasukan percuma dilaksanakan sejak Januari 2017.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), pelaksanaan caj berkenaan bertujuan menampung kos penyelenggaraan, pengurusan serta penambahbaikan kemudahan taman bagi memastikan persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada semua pengunjung.

Bagi kadar bayaran, warganegara dewasa berumur 13 hingga 59 tahun dikenakan caj RM3, manakala kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun serta warga emas berumur 60 tahun ke atas dikenakan caj RM1.

Bagi bukan warganegara pula, kadar caj ditetapkan RM6 untuk dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak serta warga emas.

Sementara itu, golongan orang kurang upaya (OKU) yang memegang kad OKU sah serta kanak-kanak di bawah umur tiga tahun diberikan kemasukan percuma.

Taman berkenaan dibuka setiap hari termasuk cuti umum dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dengan kemasukan terakhir dibenarkan pada 5.00 petang.

Sehubungan itu, orang ramai diminta memberi kerjasama dan sokongan terhadap pelaksanaan caj berkenaan demi kelestarian serta kelangsungan operasi taman tersebut.

Taman Tumbina Bintulu yang berada di bawah pengurusan BDA merupakan antara destinasi rekreasi dan pendidikan alam semula jadi utama di Bintulu dan terus menerima kunjungan pengunjung dari dalam serta luar daerah.

Oleh Carolyne Utih

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SARA bulanan disalurkan bermula 9 Januari, SARA untuk semua 9 Februari
Next: UPMS nafi penglibatan pesanan belian palsu, orang ramai dinasihat berwaspada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.