KYOTO: Keindahan Taman Nara dihiasi tanaman bunga sakura dikagumi orang ramai hingga menjadi bualan hangat netizen.
Taman itu ditutup kerana wabak koronavirus (Covid-19) dan hasilnya, taman tersebut yang biasanya dilihat dikunjungi pelancong kini sepi dan ‘dikuasai’ oleh sejumlah rusa berjemur tanpa gangguan manusia, malah cukup cantik dihiasi pokok sakura berwarna merah jambu.
Perkara itu dikongsi di akaun Facebook agensi pelancongan HiQ di Jepun.
Taman Nara sebelum ini dibanjiri pelancong yang suka bergaul mesra dengan rusa sambil memberi makanan snek Shika-Senbei.
Ia menjadikan pengalaman lebih berharga dan menggembirakan.
Ekoran kawasan taman telah ditutup, menjadikan taman Nara indah diliputi bunga sakura yang gugur, menghasilkan pemandangan luar biasa ketika rusa berkeliaran.
Agensi pelancongan Jepun, HiQ Jepun, berkongsi video di laman Facebook mereka, menunjukkan beberapa ekor rusa menikmati keindahan secara bersantai di taman sakura!
Video ditonton lebih 131,000 tontonan itu memberi satu perasaan indah dan damai apabila melihat rusa bersantai tanpa kehadiran manusia.
Difahamkan, taman Nara ini antara taman yang tertua di Jepun dengan usianya hampir 139 tahun.
Rusa yang terdapat di sini menurut warga Jepun pada suatu masa dulu adalah haiwan yang suci.
Kini, populasi rusa di taman Nara meningkat sehingga melebihi ribuan ekor rusa di taman tersebut.
Pelancong boleh membeli snek (鹿 煎餅 Shika-senbei) untuk memberi makan rusa di taman itu.-AFP