Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Taman Layang-Layang dihias indah setiap musim perayaan
  • Tengah
  • WILAYAH

Taman Layang-Layang dihias indah setiap musim perayaan

Utusan Sarawak 3 months ago
RASMI… Kapitan Ling Dien Yong merasmikan perhiasan TBC 2025 di Taman Layang-Layang. Turut kelihatan Kaunselor Wong Zee Yeng (kiri) dan Kaunselor Misiah Abu Seman (kanan).

SARIKEI: Majlis Daerah Sarikei (MDS) sentiasa berusaha untuk mengindahkan bandar Sarikei di samping menghargai kepelbagaian budaya masyarakat di Daerah Sarikei.

Pengerusinya, Kaunselor Wong Zee Yeng berkata, bersempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025, pihaknya telah mengindahkan lagi Taman Layang-Layang di Jalan Nenas.

“Setiap kali tibanya musim perayaan sama ada perayaan TBC, Hari Raya, Gawai Dayak dan Krismas, Taman Layang-Layang di sini dihias cantik oleh MDS.

“Ini bagi menunjukkan komitmen kami (MDS) dalam menghargai kepelbagaian budaya masyarakat di Daerah Sarikei khususnya dan bertujuan mengindahkan bandar,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian perhiasan TBC 2025 bertempat di Taman Layang-Layang, semalam.

Hadir bagi merasmikannya ialah Kapitan Ling Dien Yong mewakili Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Tambah Zee Yeng, peruntukan bagi membuat hiasan di taman tersebut daripada MDS.

“Taman ini yang terletak di kawasan yang strategik dan tempat tumpuan ramai, menjadikan ia lokasi yang paling sesuai untuk dikunjungi semasa musim perayaan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi MDS Kaunselor Misiah Abu Seman dan wakil Setiausaha MDS Susanna Ubong Johnny.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir Sarawak: Satu PPS tempatkan 33 mangsa di Bintulu
Next: 65 petugas mahkamah jalani ujian saringan air kencing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.