Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Takraw SUKMA Sabah dominasi cabaran Sepak Takraw Wanita Saberkas Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

Takraw SUKMA Sabah dominasi cabaran Sepak Takraw Wanita Saberkas Lawas

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUKAN MENYATUKAN…pasukan SUKMA Sabah A, B, C dan D merakam gambar kenangan bersama rakan daripada Lawas. 

LAWAS: Pasukan Sepak Takraw SUKMA Sabah A muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Wanita Terbuka Bawah 21 Tahun anjuran Saberkas Cawangan Ba’kelalan dan Kelab Sepak Takraw SMK Merapok Lawas (KeSTaM) yang berlangsung di Arena Lawas, semalam.

Pasukan itu menewaskan SUKMA Sabah B pada perlawanan akhir yang berlangsung sengit untuk merangkul gelaran juara, manakala SUKMA Sabah B dinobatkan sebagai naib juara.

Dua lagi pasukan dari Sabah, iaitu SUKMA Sabah C dan SUKMA Sabah D, berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama.

Sebagai juara, SUKMA Sabah A membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta piala dan pingat. Naib juara, SUKMA Sabah B, menerima wang tunai RM700, piala dan pingat, manakala SUKMA Sabah C serta SUKMA Sabah D masing-masing menerima RM300, piala dan pingat.

SUKMA Sabah A turut mendominasi anugerah individu apabila Nazirah Hani dinobatkan sebagai Apit Kanan Terbaik, Aziera Lusian sebagai Apit Kiri Terbaik, manakala Jumisa Ambon menerima anugerah Tekong Terbaik.

Sebanyak 16 regu menyertai kejohanan tersebut yang membabitkan beberapa pasukan dan kelab, termasuk Kelab Sepak Takraw Merapok, SUKMA Wilayah Persekutuan Labuan, SUKMA Sarawak, SUKMA Sabah dan ASTAK Teno.

Bagi kategori pengurusan dan kejurulatihan, Anugerah Jurulatih Terbaik disandang oleh jurulatih SUKMA Sabah A, Sutip, manakala Anugerah Pengurus Terbaik diberikan kepada Pengurus KeSTaM, Siti Salmi Abd. Ghaffar, atas komitmen dan dedikasinya dalam mengurus pasukan.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden KeSTaM, Kadir Bayan, dan turut dihadiri Presiden ASTAKA Sabah, Datuk Roslie Ibrahim.

Terdahulu, Kadir berharap kejohanan itu dapat dijadikan acara tahunan kelab sebagai platform mencungkil lebih ramai bakat muda serta memperkukuh pembangunan sukan sepak takraw wanita di peringkat negeri dan negara.

Oleh Adeng Edrus.

Continue Reading

Previous: Permohonan MyLesen B2 DUN Lingga dilanjutkan hingga 30 Jun ini
Next: Generasi muda diseru bangkit, berani padamkan gejala negatif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.