Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tahniah kepada Liverpool – Klopp
  • SUKAN

Tahniah kepada Liverpool – Klopp

Utusan Sarawak 3 weeks ago
Jurgen Klopp
Pengurus Liverpool, Arne Slot (kiri) meraikan kemenangan mereka bersama Andrew Robertson, Virgil van Dijk, Mohamed Salah, Alexis Mac Allister, Darwin Nunez dan Luis Diaz semalam.

LIVERPOOL: Jurgen Klopp mengucapkan tahniah kepada bekas pasukannya, Liverpool di atas kejayaan memenangi Liga Perdana Inggeris.

Skuad yang memenangi gelaran liga ke-20 kelab pada musim pertama di bawah kendalian Arne Slot, hampir keseluruhannya diwarisi daripada Klopp yang meninggalkan Anfield tahun lalu.

Selepas perlawanan terakhirnya pada Mei 2024, Klopp menyanyikan nama Slot di atas padang, kemudian pengendali dari Belanda itu membalasnya dengan menyanyikan nama pengendali dari Jerman itu di Anfield.

“Sangat berterima kasih untuk masa lalu, sangat gembira untuk masa sekarang, sangat positif untuk masa depan!

“Tahniah – YNWA (You’ll Never Walk Alone). Thank you Luv,” tulis Klopp di Instagram.

Slot sentiasa menyebut berkenaan kualiti skuad yang diwarisinya daripada Klopp dan berterima kasih kepada pengendali dari Jerman itu selepas kemenangan 5-1 ke atas Tottenham Hotspur.

Bekas pengendali Dortmund, Klopp memenangi Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris serta beberapa kejuaraan lain sepanjang sembilan tahun di Anfield. Dia kini memegang jawatan Ketua Bolasepak Global di Red Bull.

“Saya rasa ia (kejayaan Klopp) sesuatu yang belum pernah dilakukan sesiapa sebelum itu. Jadi ia membantu saya. Selain daripada itu, dia membantu saya dengan meninggalkan skuad dan budaya dalam pasukan.

“Kualiti pemain-pemain sangat jelas untuk dilihat semua orang. Tetapi budaya kerja keras, bukan hanya pemain-pemain, tetapi turut ditampilkan semua kakitangan dan sangat menakjubkan,” kata Slot. – AFP

Continue Reading

Previous: PESTASA hantar penyertaan di Kejohanan Sepak Takraw Piala Sarawak 2025
Next: Kejohanan Muaythai Piala TYT Sarawak kembali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.