
Lelaki di Miri rugi RM2,470 terperdaya peraduan gores dan menang di Facebook
MIRI, 6 November: Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun mengalami kerugian RM2,470 selepas diperdaya menerusi peraduan gores dan menang yang dijalankan secara langsung di Facebook.